Tuesday, January 18, 2011

PERATURAN BERPAKAIAN


1.8       PERATURAN BERPAKAIAN

KESALAHAN GAGAL MEMATUHI PERATURAN BERPAKAIAN :


15.8.1          Setiap penghuni yang masuk ke kafetaria hendaklah berpakaian kemas dan sesuai. Pakaian sukan (seluar pendek) yang lusuh dan berpeluh, pakaian tidur atau baju singlet TIDAK dibenarkan di dalam kafetaria.

15.8.2              Pelajar lelaki DILARANG berkain pelekat/ sarong dalam kafetaria.

15.8.3          Pakaian TIDAK boleh disangkut pada tingkap atau tempat-tempat lain melainkan pada ampaian yang disediakan.

15.8.4          Pakaian hendaklah disimpan dalam almari yang telah disediakan.

15.8.5              Penghuni yang hendak menggosok pakaian mereka hendaklah berbuat demikian di bilik yang telah dikhaskan.

15.8.6              Penghuni adalah dinasihatkan supaya berpakaian kemas dan tidak menjolok mata pada setiap masa di kawasan kamsis.
                                   
                        Pakaian Pelajar Lelaki :-
                        à Seluar jenis Boxer / seluar pendek di atas paras lutut hanya dibenarkan
                            untuk aktiviti di padang sahaja.
à Pakaian yang menutup aurat adalah digalakkan
                                   
Pakaian Pelajar Perempuan
à Tidak dibenarkan memakai baju yang labuhnya di atas paras punggung   
à Longgar dan berpotongan lurus (tidak ketat @ mengikut bentuk tubuh)
à Seluar mestilah longgar dan tidak menampakkan bentuk badan
    (boleh dilalui oleh guli ujian)

15.8.7              Memakai pakaian yang dianggap kurang sopan seperti seluar pendek, baju yang tidak berlengan atau pakaian yang bertulis kata­kata yang hina, logo parti politik atau mempunyai gambar atau lukisan yang tidak bersesuaian dengan budaya ketimuran TIDAK dibenarkan.
                       
15.8.8          Rambut hendaklah sentiasa kemas. Rambut yang mengerbang atau rambut yang beraneka fesyen adalah tidak dibenarkan.
                        Pelajar yang tidak bertudung @ pelajar siswi bukan Islam perlu memastikan rambut diikat dengan kemas.

15.8.9              Pelajar perempuan TIDAK digalakkan memakai barangan kemas yang berlebihan.

15.8.10            Pelajar lelaki DILARANG memakai sebarang perhiasan diri.

** Sila rujuk Lampiran A : Etika Berpakaian Di Kawasan Kamsis

Bagi pelajar yang gagal tidak menepati etika berpakaian yang digariskan sewaktu hendak keluar akan diarah menukar pakaian terlebih dahulu oleh Pihak Pengawal Keselamatan sebelum dibenarkan keluar dari kawasan kamsis.

Seseorang yang didapati bersalah kerana gagal mematuhi peraturan seperti yang dinyatakan di atas akan dikenakan hukuman seperti berikut :

HUKUMAN       :           DENDA RM30

No comments:

Post a Comment