Tuesday, January 18, 2011

KESALAHAN-KESALAHAN YANG BOLEH MENGAKIBATKAN PENGGANTUNGAN @ PENYINGKIRAN PELAJAR DARI POLITEKNIK / KAMSIS KESALAHAN DI BAWAH PERKARA 12 :


KESALAHAN-KESALAHAN YANG BOLEH MENGAKIBATKAN PENGGANTUNGAN
@ PENYINGKIRAN PELAJAR DARI POLITEKNIK / KAMSIS

KESALAHAN DI BAWAH PERKARA 12 :

Seseorang yang didapati bersalah kerana melakukan kesalahan di atas dan disabitkan bersalah oleh lembaga tatatertib kamsis, pelajar akan di buang dari kamsis. Kes ini akan dirujuk kepada Pegawai Hal Ehwal Pelajar (KD) dan pihak polis jika perlu.

Di antaranya ;-

12.1        Mencemar nama baik politeknik, kakitangan atau pelajarya sama ada di dalam atau di luar kampus politeknik dengan kelakuan, kata-kata atau tulisan menerusi apa jua bentuk media cetak mahupun elektronik.

12.2        Mengganggu atau menghalang aktiviti pengajaran dan pembelajaran di politeknik.

12.3        Merosak, mencacat (vandalisme) harta benda milik politeknik, kerajaan, awam atau orang perseorangan.

12.4        Mengganggu atau menghalang kakitangan atau pelajar politeknik daripada menjalankan tugasnya yang sah.

12.5        Membuat, mengguna, mempamer, menampal dan memiliki panji-panji. Poster, lambang dan lain-lain untuk tujuan menghasut pelajar lain melanggar tatatertib di dalam atau di luar kampus.

12.6        Menerbit atau mengedar dokumen-dokumen di dalam atau di luar kampus dengan tujuan untuk menghasut atau memburuk-burukkan politeknik atau pihak lain.

12.7        Menjalankan peniagaan/perkhidmatan, kedai atau gerai di dalam kampus tanpa kebenaran bertulis daripada pihak politeknik.

12.8        Membuat kenyataan dalam bentuk lisan atau bertulis kepada pihak luar

12.9        Membuat bantahan secara lisan atau bertulis mengenai sebarang keputusan pihak politeknik, kakitangan atau pelajarnya.

12.10      Terlibat dengan perjudian, pertaruhan atau loteri.

12.11    Meminum, mengedar, menyimpan, menyorok atau membuat minuman keras/ bahan kimia yang memabukkan/ mengkhayalkan.

12.12      Berkeadaan mabuk kerana minuman atau sesuatu bahan yang diambil untuk memabukkan atau mengkhayalkan.

12.13      Menonton, memiliki, mendengar, menampal, mengedar, menyorok atau terlibat dengan pertunjukan bahan-bahan lucah.

12.14      Memberi atau menyebar maklumat palsu.

12.15      Mengengkari arahan sah pihak berkuasa tatatertib, pensyarah, pegawai atau kakitangan politeknik yang diberi kuasa.

12.16      Memalsukan tanda tangan atau cop rasmi pihak berkuasa politeknik atau pihak lain yang terlibat dengan politeknik.


12.17      Melakukan ugutan atau ’ragging’ pada bila-bila masa sama ada di dalam atau di luar kampus.

12.18    Berkelakuan biadab dan angkuh terhadap mana-mana kakitangan atau pelajar politeknik atau pihak lain dengan kelakuan, lisan atau tulisan.

12.19      Bergaduh, terlibat atau bersubahat dengan pergaduhan sama ada di dalam atau di luar kampus.

12.20      Berkelakuan sumbang atau tidak sopan seperti bercumbu-cumbuan atau berkhalwat dan membuat sebarang perilaku atau isyarat lucah samada di dalam atau di luar kampus.

12.21      Melibatkan diri dengan kegiatan pelacuran atau aktiviti seks yang dilarang.

12.22      Melakukan penyambungan elektrik atau talian telefon secara haram di mana-mana kawasan kampus.

12.23      Melibatkan diri dengan kegiatan mencuri, merompak, menyamun, memeras ugut dan menculik.

12.24      Memiliki, menyorok, menyimpan, mengedar, menjual dan mempamer senjata berbahaya seperti senjata api, senjata tajam, buku lima, kerambit dan lain-lain.

12.25      Dituduh oleh mahkamah terbabit atau disyaki melakukan kesalahan jenayah sivil atau jenayah syariah.

12.26      Terlibat dengan najis dadah seperti mengambil, mengedar, menyorok, menyimpan atau menjual.

12.27      Terlibat dengan pemboikotan/ pemulauan aktiviti sah politeknik.

12.28      Terlibat dengan demonstrasi yang tidak dibenarkan di luar atau di dalam kampus politeknik.

12.29      Menimbul/ menghasut isu perkauman, integrasi nasional untuk tujuan mewujudkan suasana tegang, perpecahan atau permusuhan.

12.30    Memungut atau cuba memungut wang dengan cara persendirian, atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar.

12.31      Menganggotai atau memberi sokongan kepada kumpulan, badan atau pertubuhan yang diharamkan oleh politenik atau kerajaan.

No comments:

Post a Comment