Tuesday, January 18, 2011

KESALAHAN TINGKAH LAKU KURANG SOPAN / BERDUA-DUAAN DALAM KEADAAN KURANG SOPAN @ MENCURIGAKAN :

 

KESALAHAN TINGKAH LAKU KURANG SOPAN / BERDUA-DUAAN DALAM KEADAAN KURANG SOPAN @ MENCURIGAKAN :

15.19.7      Pelajar yang berdua-duaan dalam keadaan yang kurang sopan atau mencurigakan dengan pelajar atau orang luar di mana-mana kawasan kampus politeknik adalah DILARANG.

Tambahan :-

Kategori kesalahan berat yang boleh mengakibatkan pelajar di buang daripada Politeknik.

12.1           Mencemar nama baik politeknik, kakitangan atau pelajarya sama ada di dalam atau di luar kampus politeknik dengan kelakuan, kata-kata atau tulisan menerusi apa jua bentuk media cetak mahupun elektronik.

Semua pelajar dilarang keras daripada melakukan perbuatan yang dianggap kurang sopan atau bertentangan dengan norma masyarakat dan boleh mencemarkan kredibiliti pelajar sepanjang menjadi warga politeknik.
Contoh : berdua-duaan dalam keadaan yang kurang sopan atau mencurigakan, bertepuk tampar dengan pelajar berlainan jantina atau sebarang tingkahlaku yang mencemarkan nama baik pelajar dan kamsis.

Sekiranya sabit kesalahan, pelajar akan dikenakan hukuman seperti berikut :

HUKUMAN       :           DENDA RM50  @ BUANG KAMSIS

No comments:

Post a Comment