Tuesday, January 18, 2011

ETIKA BERPAKAIAN DI KAWASAN KAMSIS


ETIKA BERPAKAIAN DI KAWASAN KAMSIS
[ KESALAHAN RUPA DIRI DAN PAKAIAN]


PELAJAR LELAKI

1       Memakai baju atau baju T yang tidak berlengan dan tidak berkolar.
2       Memakai baju yang bersaiz terlalu besar (over size).
3       Memakai baju yang bertampung atau bertampal.
4       Memakai baju yang mempunyai tulisan, perkataan atau gambar yang tidak diluluskan oleh PTSS.
5       Memakai baju yang tidak dibutang atau dizipkan dengan sempurna.
6       Memakai seluar yang koyak dan bertampal-tampal.
7       Memakai seluar yang kaki berserabut dan berbulu-bulu.
8       Memakai seluar yang ketat.
9       Memakai seluar dari jenis 'jeans' @ 'denim'
10     Memakai seluar yang singkat iaitu di atas buku lali.
11     Memakai seluar di bawah paras pusat.
12     Memakai tali pinggang atau fesyen kepala tali pinggang yang tidak sesuai.
13     Memakai kasut yang mempunyai ladam logam yang berbunyi bising.
14     Mempunyai rambut yang panjang dan tidak kemas seperti yang termaktub di dalam Buku Panduan dan Peraturan Am Pelajar Politeknik KPM.
15     Mempunyai fesyen rambut 'afro', 'punk', berekor atau diwarnakan.
16     Membotakkan kepala kecuali yang disyariatkan agama.
17     Memakai perhiasan seperti rantai, gelang tangan atau subang.


PELAJAR PEREMPUAN

1       Memakai pakaian yang mendedahkan bahagian dada, bahu, belakang dan menampakkan mana-mana bahagian badan.
2       Memakai pakaian yang ketat, jarang, pendek, nipis atau berbelah
3       Memakai skirt yang pendek iaitu di atas paras lutut.
4     Memakai baju yang tidak berlengan atau berlengan pendek.
5     Memakai pakaian tidur (cth : pijama) di luar blok kamsis
6     Memakai baju yang labuhnya di atas paras punggung
7       Memakai seluar yang sama kesalahan disiplin pemakaian seluar seperti pelajar lelaki.
8       Memakai kasut yang berladam logam yang berbunyi bising.
9       Memakai perhiasan seperti barang kemas yang berlebihan.
10     Memakai solekan muka berlebihan.


3 comments:

  1. saya memakai purdah...di ptss bolehkah saya memakai purdah seperti ke kelas dan bengkel

    ReplyDelete
  2. saya memakai purdah...di ptss bolehkah saya memakai purdah seperti ke kelas dan bengkel

    ReplyDelete