Monday, January 31, 2011

MEMO AKTIVITI KAMSIS

Tuan/puan,

AKTIVITI  ANJURAN POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2.             Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Pengajian Am PTSS dengan kerjasama Unit Kediaman Kamsis  akan mengadakan program seperti berikut :
               
Nama Program    : Program pengukuhan Akidah Menerusi Penghayatan Mu’jizat Sains dalam                                                              Al-Quran dan Sunnah Nabawiyyah (PASAK)
Penceramah                : Prof. Madya Dr Arif Kosmo (Pensyarah UKM).
Tarikh                            : 12 Februari 2011 (Sabtu).
Masa Program            : 8.00 pagi – 12.00 tengahari.

3.             Sehubungan itu, semua warga pelajar kamsis (muslim) tidak dibenarkan pulang ke rumah dan keluar sehingga majlis tamat.

4.                     Pelajar yang didapati bersalah kerana gagal mengikuti aktiviti di atas akan dikenakan hukuman seperti berikut DENDA RM20 @ BUANG KAMSIS.

Kerjasama daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, harap maklum.


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,


( HASMINUDDIN BIN HASHIM)
Pengetua Kamsis,
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

No comments:

Post a Comment